LEMBAGA PROMOSI KESIHATAN MALAYSIA
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

IKLAN JAWATAN

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (LPKM), Kementerian Kesihatan Malaysia .

BIL

JAWATAN

GRED

TARAF JAWATAN

BILANGAN JAWATAN

JADUAL GAJI MATRIK

PEGAWAI PENERANGAN (PENDIDIKAN KESIHATAN) / PEGAWAI TADBIR

 

 

 S41 / N41

 

 

TETAP

 

1

Gred S41
P1T1 RM1688.89 – P1T27 RM4638.89
P2T1 RM1783.51 – P2T27 RM4917.16
P3T1 RM1882.31 – P3T27 RM5219.23

 

 

 

 

 

 

Gred N41
P1T1 RM1690.28 – P1T27 RM4640.28
P2T1 RM1784.90 – P2T27 RM4918.55
P3T1 RM1883.70 – P3T27 RM5220.62

 

2

 

PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI)

 

 

N17

 

 

TETAP

 

1


P1T1 RM820.38 – P1T24 RM2151.35
P2T1 RM871.81 – P2T24 RM2272.50
P3T1 RM924.75 – P3T24 RM2397.95

 

CARA PERMOHONAN

Syarat kelayakan bagi setiap jawatan dan borang permohonan jawatan boleh didapati dengan memuat turun borang

Klik sini untuk muat turun borang.

atau dengan datang sendiri dan mengambil borang di pejabat lembaga seperti alamat di bawah:

Pejabat Pentadbiran
Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia
Aras Bawah & Aras 1, Blok D
Kementerian Kesihatan Malaysia
Jalan Cenderasari, Kuala Lumpur

Sila kemukakan permohonan kepada

Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia
Aras Bawah & Aras 1, Blok D
Kementerian Kesihatan Malaysia
Jalan Cenderasari
50790 KUALA LUMPUR

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat dan ditulis NAMA JAWATAN YANG DIPOHON di sebelah atas kiri sampul surat dengan HURUF BESAR.

Setiap borang permohonan jawatan mestilah bersertakan sekeping gambar berukuran passport, salinan sijil-sijil dan dokumen yang telah disahkan seperti berikut:

a. Kad Pengenalan dan Surat Beranak;
b. Diploma/ Ijazah;
c. Surat Akuan pengiktirafan Ijazah / Diploma / sijil
daripada LAN atau JPA;
d. Surat berhenti sekolah;
e. Sijil-sijil seperti PMR, SPM dan STPM; dan
g. Sijil – sijil lain yang berkaitan

 

Permohonan AKAN DITOLAK sekiranya:


a. Dokumen yang diperlukan tidak dilampirkan;
b. Salinan sijil-sijil yang tidak disahkan oleh pegawai yang ditetapkan;
c. Pengisian borang tidak lengkap;
d. Tidak menandatangani borang permohonan; dan
e. Tidak melalui Ketua Jabatan.

Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan mestilah melalui Ketua Jabatan masing-masing dan hendaklah disertakan dengan salinan Rekod Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) yang terkini.

Tarikh tutup permohonan ialah pada 31 Julai 2008

Hanya pemohon yang layak selepas tapisan dan disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan dari tarikh tutup permohonan hendaklah mengganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Jawatan

: PEGAWAI PENERANGAN (PENDIDIKAN KESIHATAN)
GRED S41

 

Kumpulan Perkhidmatan

 

: Pengurusan Dan Profesional

 

Klasifikasi Perkhidmatan

: Sosial

 

1.1

Gred dan Jadual Gaji
Gred S41

P1T1 RM1688.89

P2T1 RM1783.51

P3T1 RM1882.31

-

-

-

P1T27 RM4638.89

P2T27 RM4917.16

P3T27 RM5219.23

 

1.2

Syarat Lantikan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

 

 

 

a)
  1. Ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
    (Gaji permulaan ialah pada Gred S41: P1T1);
  2. Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa dengan kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusu-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
    (Gaji permulaan ialah pada Gred S41: P1T3);
  3. Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan dengan kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
    (Gaji permulaan ialah pada Gred S41: P1T3);
  4. Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred S41: P1T3);

 

 

 

b) 

Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

 

 

 

1.3

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan

 

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Penerangan adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Pegawai Penerangan Gred S41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:-

 

 

 c)

  1. mempunyai kelayakan di perenggan1(a) di atas;
    atau
  2. lulus Peperiksaan Khas; dan

 

 

 d)

berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan

 

1.4

Fungsi Bidang Tugas

 

Bertanggungjawab merancang, melaksana, menyelaras dan menilai program-program yang berkaitan dengan pendidikan kesihatan. Meliputi memberikan bantuan dalam nasihat kepakaran serta penyeliaan yang berterusan bagi mengembangkan program-program kesihatan.

 

Jawatan

: PEGAWAI TADBIR
GRED N41

 

Kumpulan Perkhidmatan

 

: Pengurusan Dan Profesional

 

Klasifikasi Perkhidmatan

 

: Pentadbiran Dan Sokongan

 

2.1

Gred dan Jadual Gaji
Gred N41

P1T1 RM1690.28

P2T1 RM1784.90

P3T1 RM1883.70

-

-

-

P1T27 RM4640.28

P2T27 RM4918.55

P3T27 RM5220.62

 

 

2.2

Syarat Lantikan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

 

 

a) 
  1. I jazah sarjana muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
  2. Ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred N41: P1T3); atau
  3. Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred N41: P1T4);

 

 

 

b)

Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

 

2.3

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan

 

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Tadbir, Penolong Pegawai Tadbir Tanah, Penolong Pegawai Tanah dan Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) Gred N32 adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Pegawai Tadbir Gred N41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:-

 

 

 

c) 
  1. mempunyai kelayakan di perenggan1(a) di atas;
    atau
  2. lulus Peperiksaan Khas; dan

 

 

d)

berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan

 

2.4

Fungsi Bidang Tugas

 

Bertanggungjawab mengurus dan memberi khidmat pakar perunding terhadap sistem kerja. Merancang, mengubal dan melaksanakan dasar-dasar awam mengenai pengurusan sumber tenaga manusia, organisasi, sumber kewangan, pentadbiran dan pembangunan serta pengurusan keselamatan Lembaga.

 

 

Jawatan

: PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/ OPERASI)
GRED N17

 

 

Kumpulan Perkhidmatan

 

: Sokongan

 

Klasifikasi Perkhidmatan

: Pentadbiran Dan Sokongan

 

3.1

Gred dan Jadual Gaji
Gred N17

P1T1 RM820.38

P2T1 RM871.81

P3T1 RM924.75

-

-

-

P1T24 RM2151.35

P2T24 RM2272.50

P3T24 RM2397.95

 

3.2

Syarat Lantikan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

 

 

 

a) 
  1. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
    (Gaji permulaan ialah pada Gred N17: P1T1); atau
  2. Sijil Perancang Bandar dan Wilayah daripada UiTM yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
    (Gaji permulaan ialah pada Gred N17: P1T6); atau
  3. Sijil Institut Pertanian atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred N17: P1T8); atau
  4. Sijil dalam bidang kejuruteraan ukur tanah atau perancang bandar dan wilayah yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred N17: P1T9);

 

 

dan

b)

kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

(Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan mengendalikan komputer dan/atau mengambil trengkas).

 

 

3.3

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Tadbir Rendah atau Operator Mesin Prosesan Data adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:-

 

 

 

c)
  1. mempunyai kelayakan di perenggan1(a) di atas;
    atau
  2. lulus Peperiksaan Khas; dan

 

 

d) 

berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan

 

3.4

Fungsi Bidang Tugas

 

Menjalankan tugas-tugas pengkeranian selaras dengan fungsi tugas Lembaga atau bahagian berkenaan seperti tugas-tugas penyelenggaraan fail, dokumen, penyediaan laporan bulanan dan statistik.